Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK ENAM TAHUN RENTUNG DALAM KEBAKARAN RUMAH

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK ENAM TAHUN RENTUNG DALAM KEBAKARAN RUMAH

Mayat Mohd Adlinsyah Mohd Adsni ditemukan rentung di dalam bilik tidur rumah jenis tidak kekal.

KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak berumur enam tahun maut dalam kebakaran sebuah rumah di sini tengah malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan hari ini berkata mayat Mohd Adlinsyah Mohd Adsni ditemukan rentung di dalam bilik tidur rumah jenis tidak kekal itu di Kampung Perpaduan, di sini.

Menurutnya lain-lain anggota keluarga Mohd Adlinsyah yang terdiri daripada Mohd Adsni Sani (bapa), 43, Alina Sahari (ibu), 41, Mohd Isnain (abang), 12, dan Mohd Adlisyam (adik), 3, serta sepupu Mohd Ishak Hafsham, 15, melecur dalam kejadian itu.

Minah Kanawi (nenek), 77, dan seorang lagi adiknya Mohd Mikail, 3, terselamat dalam kejadian itu.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan bergegas ke tempat kejadian sejauh 26km dari balai, selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.40 tengah malam tadi,” menurut kenyataan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading