1 MAUT, 1 PARAH DALAM NAHAS MOTOSIKAL BERTEMBUNG

KEPALA BATAS: Seorang lelaki maut sementara seorang lagi parah selepas motosikal yang ditunggang masing-masing bertembung di Jalan Permatang Bertam, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Radzi Ahmad berkata, mangsa berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mangsa yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Perai dipercayai memotong sebuah kenderaan yang berada di hadapannya sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang ditunggang remaja berusia 18 tahun.

“Pertembungan itu menyebabkan kedua-duanya terjatuh ke dalam longkang dan masing-masing mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan.

“Mangsa yang maut juga dihantar ke hospital sama bagi proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.–AlHijrah Online

Leave a Reply