Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS HILANG LIMA HARI DI KEBUN SAWIT DITEMUKAN SELAMAT

DALAM NEGARA

WARGA EMAS HILANG LIMA HARI DI KEBUN SAWIT DITEMUKAN SELAMAT

Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, dekat sini Rabu lepas, ditemui selamat pada pukul 11.25 pagi ini. 

BATU PAHAT: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, dekat sini Rabu lepas, ditemui selamat pada pukul 11.25 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata Painah Siwan, 79, ditemui dua orang awam yang turut serta dalam operasi mencari yang disertai oleh 102 orang pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta 20 orang kampung.

Beliau berkata wanita itu ditemui dalam keadaan lemah berhampiran lopak air dengan jarak 900 meter daripada pos kawalan operasi menyelamat dan 1.4 km dari arah hadapan rumahnya. 

“Warga emas itu dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk rawatan lanjut, dan dia kini berada berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Rabu lepas warga emas itu dilaporkan pergi ke kebun kelapa sawit berkenaan untuk mencari lidi dan disedari hilang oleh anggota keluarganya apabila tidak pulang ke rumah, sekitar pukul 3.30 petang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading