Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK LELAKI MAUT SELEPAS TERJATUH KE DALAM TASIK

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK LELAKI MAUT SELEPAS TERJATUH KE DALAM TASIK

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang pada 8.55 malam semalam selepas dikejarkan ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan.

Beliau berkata pihaknya menerima aduan MERS 999 berhubung kejadian itu pada 6.04 petang pada Ahad dan siasatan awal mendapati mangsa tergelincir ke dalam tasik tersebut sebelum beberapa rakannya meminta bantuan orang awam di kawasan sekitar.

Menurut Ahmad Faizal tiga anggota polis tiba di lokasi kejadian pada 6.08 petang dan mangsa  dikeluarkan dari tasik itu dengan bantuan orang awam pada 6.52 petang.

“Pada 7 malam, tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu sampai di lokasi dan telah memberikan pertolongan kecemasan kepada mangsa kerana ketika itu masih ada denyutan nadi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mangsa katanya dibawa ke Hospital Selayang untuk diberikan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading