Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LARIAN HARI PENEROKA FELDA CATAT SEJARAH MALAYSIA BOOK OF RECORDS

DALAM NEGARA

LARIAN HARI PENEROKA FELDA CATAT SEJARAH MALAYSIA BOOK OF RECORDS

KUALA LUMPUR: FunWalk Road to Hari Peneroka FELDA sejauh lima kilometer (KM) yang diadakan secara serentak di 148 lokasi seluruh negara mencatat sejarah baharu dalam Malaysia Book of Records.

KUALA LUMPUR: FunWalk Road to Hari Peneroka FELDA sejauh lima kilometer (KM) yang diadakan secara serentak di 148 lokasi seluruh negara mencatat sejarah baharu dalam Malaysia Book of Records.

Acara larian besar-besaran itu antara usaha Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk memeriahkan dan mempromosikan sambutan Hari Peneroka FELDA yang bakal diadakan pada 12 hingga 14 Julai depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Di ibu negara ratusan orang ramai menyertai acara larian tersebut pagi tadi yang turut disempurnakan oleh Pengerusi FELDA Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“FunWalk sejauh 5KM ini kita laksanakan di 148 lokasi seluruh semenanjung Malaysia dan beberapa tempat di Sabah.

“Selain peluang orang ramai beramah mesra dengan warga FELDA, acara larian tersebut platform promosi Hari Peneroka FELDA yang diadakan 12, 13, dan 14 Julai 2024 di MAEPS, Serdang,” kata Ahmad Shabery.

Dijangkan Hari Peneroka FELDA akan disertai lebih 500,000 pengunjung dan warga FELDA dari seluruh negara dengan pelbagai aktiviti menarik telah disediakan.

Hari Peneroka FELDA diraikan pada bulan Julai setiap tahun sebagai usaha menghargai dan memberi penghormatan atas sumbangan para peneroka kepada pembangunan tanah di negara ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading