KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS: 85 RUMAH DIISYTIHAR SELAMAT, PENDUDUK DIBENARKAN PULANG MALAM INI
Sebanyak 85 rumah yang terlibat dalam kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya telah disahkan selamat dan penghuni dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai malam ini.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari semasa sidang media mengenai perkembangan berkaitan kejadian kebakaran saluran paip gas yang berlaku di Putra Heights pada Selasa lau di Wisma Dewan Annexe Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini. –fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Sebanyak 85 rumah yang terlibat dalam kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya telah disahkan selamat dan penghuni dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai malam ini.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta penyedia utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengesahkan perkara itu, melibatkan kawasan di Taman Harmoni dan bekalan air serta elektrik telah disambungkan ke rumah terbabit.
“Pihak Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah akan memaklumkan kepada setiap pemilik ini dan mereka diberi peluang untuk pulang ke kediaman masing-masing mulai hari ini.
“Dari semasa ke semasa kita akan lihat balik kerana setakat ini ada lebih kurang 115 rumah yang telah dianggap ataupun diisytihar selamat oleh JBPM,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.
Terdahulu, Pegawai Daerah Petaling Huzunul Khaidil Mohammed dilaporkan berkata 115 pemilik kediaman yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights dibenarkan masuk ke rumah mereka secara berfasa bermula hari ini bagi tujuan pemeriksaan.
Dalam pada itu, Amirudin berkata 1,254 mangsa daripada 308 keluarga telah dikenal pasti dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dengan dua mangsa sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi masing-masing di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang akibat masalah respiratori.
“Selain itu, 630 mangsa daripada 157 keluarga sedang menduduki dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia manakala baki 624 mangsa melibatkan 151 keluarga tidak menduduki PPS,” katanya.
Beliau dalam masa sama turut menasihatkan mana-mana pihak yang ingin memberikan sumbangan di PPS untuk tidak menjadikan lokasi berkenaan sebagai tempat meletakkan barangan yang tidak perlu sekali gus menyebabkan berlakunya longgokan yang melampau.
“Kita juga bermula hari ini akan mengenakan langkah kawalan terhadap beberapa lokaliti terutamanya di PPS kerana kita dapati terdapat kesesakan yang agak melampau dalam kalangan pelawat.
“Pihak JKM akan melakukan kawalan tersebut dengan menyediakan tempat pertemuan demi menjaga keselamatan, kesihatan dan privasi kepada mangsa, tempat itu akan dihadkan kepada individu tertentu saja untuk melawat dan sebagainya,” katanya.
Amirudin berkata pihaknya juga akan mengadakan sidang media harian secara berselang-seli antara beliau dan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan bagi menjawab isu berkaitan dasar, teknikal dan jenayah. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager