KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS: LEBIH 10 ALAT PENGESANAN GAS DIPINJAMKAN
Lebih 10 unit peralatan pengesanan gas dipinjamkan sebuah syarikat swasta bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci di kawasan insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, hari ini.
Pakar bertauliah alat pengesan gas dari MSA Safety Nur Fadhilah Mohd Khalid (tengah) menunjukkan Alat Pengesanan Gas di Putra Heights hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Lebih 10 unit peralatan pengesanan gas dipinjamkan sebuah syarikat swasta bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci di kawasan insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, hari ini.
Pakar bertauliah alat pengesan gas dari MSA Safety Nur Fadhilah Mohd Khalid berkata lapan daripada alat berkenaan adalah jenis personal gas detector Altair 4XR manakala selebihnya multigas detector Altair 5X.
MSA Safety yang merupakan pengeluar dan pembekal peralatan keselamatan dari Amerika Syarikat meminjamkan peralatan itu selama diperlukan bagi membolehkan pihak berkuasa memasuki kawasan insiden dengan selamat.
“Alat pengesanan gas model Altair 5X dilengkapi pam untuk mengambil sampel gas secara terus dari kawasan berisiko. Peralatan ini mampu mengesan kebocoran gas dalam radius sekitar lebih tiga meter (10 kaki) dan sesuai digunakan di kawasan terhad seperti ruang tertutup ataupun kawasan terbuka.
“Pengesanan gas model Altair 4XR pula berfungsi dengan mod resapan (diffusion mode) yang akan menyerap gas apabila berdekatan dengan sumber, dengan kedua-dua model mengeluarkan bunyi jika terdapat kehadiran gas berbahaya.
“Jika amaran diberikan, pengguna harus segera mengosongkan kawasan terjejas,” katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Putra Heights hari ini.
Beliau berkata peralatan pengesanan gas itu berada di pasaran tempatan sejak 2008 dan pernah digunakan di beberapa kawasan bencana, termasuk semasa insiden pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor pada Mac 2019.
“Kemampuannya mengesan pelbagai gas termasuk oksigen, karbon monoksida, hidrogen sulfida menyebabkan banyak pemain industri seperti Petronas menggunakannya bagi keselamatan operasi,” katanya.
Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi 1 April, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.