Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL HENTIKAN 70 PERATUS BEKALAN AIR KE GAZA – MAJLIS PERBANDARAN

DUNIA

ISRAEL HENTIKAN 70 PERATUS BEKALAN AIR KE GAZA – MAJLIS PERBANDARAN

Tentera Israel dilaporkan menghentikan bekalan air dari syarikat Israel, Mekorot ke Semenanjung Gaza, memutuskan sehingga 70 peratus daripada keseluruhan bekalan air ke wilayah itu.

Gambar ARKIB. Sumber: AFP

GAZA CITY: Tentera Israel dilaporkan menghentikan bekalan air dari syarikat Israel, Mekorot ke Semenanjung Gaza, memutuskan sehingga 70 peratus daripada keseluruhan bekalan air ke wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap Majlis Perbandaran Gaza, Hosni Mehanna berkata gangguan itu melibatkan saluran paip utama di kawasan kejiranan Shujaiya di timur Gaza City, lokasi di mana operasi ketenteraan Israel sedang giat dijalankan sejak Khamis lalu.

“Punca sebenar gangguan masih belum dikenal pasti, tetapi kami sedang bekerjasama dengan organisasi antarabangsa untuk menyiasat sama ada paip itu rosak akibat pengeboman oleh tentera Israel di kawasan itu,” kata Mehanna.

Beliau tidak menolak kemungkinan gangguan berpunca daripada tindakan ketenteraan secara langsung atau keputusan politik yang disengajakan oleh pihak berkuasa Israel.

“Apa pun sebabnya, kesannya sangat membimbangkan. Sekiranya aliran air dari Mekorot tidak dipulihkan semula dalam masa terdekat, Gaza akan berdepan krisis air yang serius,” katanya.

Semenanjung Gaza, yang sekian lama bergelut dengan kekurangan air bersih akibat sekatan, keruntuhan infrastruktur dan pencemaran sumber air bawah tanah kini berisiko tinggi menghadapi dehidrasi meluas.

Sejak serangan ketenteraan Israel bermula pada Oktober 2023, lebih 50,000 rakyat Palestin dilaporkan terkorban.

Serangan disambung semula pada Mac lalu selepas gencatan senjata hampir dua bulan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading