Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK LELAKI HANYUT DALAM LONGKANG DISELAMATKAN ORANG AWAM – POLIS

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK LELAKI HANYUT DALAM LONGKANG DISELAMATKAN ORANG AWAM – POLIS

Polis mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dihanyutkan arus deras selepas terjatuh dalam longkang di Taman Kota Masai, Johor Bahru pada Jumaat, diselamatkan oleh orang awam.

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dihanyutkan arus deras selepas terjatuh dalam longkang di Taman Kota Masai, Johor Bahru pada Jumaat, diselamatkan oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian yang tular di media sosial itu berlaku pada 2.30 petang dan mangsa mengalami kecederaan ringan calar di lutut serta siku. 

“Kanak-kanak itu sedang berjalan dengan rakannya sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan lalu dihanyutkan arus deras akibat hujan lebat sejauh kira-kira 100 meter. 

“Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dalam perjalanan ke rumah bapa saudaranya selepas menunaikan Solat Jumaat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi menasihatkan ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa mengawasi anak-anak terutama ketika musim hujan serta mengelakkan mereka daripada melakukan aktiviti berisiko.

Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 1 minit 36 saat dimuat naik ke Facebook ‘Lanun Selatan’ memaparkan insiden seorang kanak-kanak dihanyutkan arus deras dalam sebuah longkang.

Video itu mendapat pelbagai komen termasuk ada yang mengecam tindakan individu merakam insiden tersebut kerana tidak membantu menyelamatkan mangsa selain menyifatkan tindakannya sebagai salah meletakkan keutamaan serta tiada nilai kemanusiaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading