Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JOHOR BUKA PPS SEMULA SUSULAN BANJIR KILAT DI BATU PAHAT

DALAM NEGARA

JOHOR BUKA PPS SEMULA SUSULAN BANJIR KILAT DI BATU PAHAT

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini kembali dibuka susulan banjir kilat yang berlaku di Kampung Baharu, Sri Gading, Batu Pahat, pagi tadi.

Gambar FAIL

JOHOR BAHRU: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini kembali dibuka susulan banjir kilat yang berlaku di Kampung Baharu, Sri Gading, Batu Pahat, pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading yang dibuka pada pukul 10 pagi itu, menempatkan 99 mangsa daripada 34 keluarga.

“Sementara itu, satu sungai di Batu Pahat iaitu Sungai Senggarang berada pada paras amaran dengan bacaan 3.32 meter, selain dua sungai juga di Batu Pahat berada pada paras waspada iaitu Sungai Batu Pahat (2.30 meter) dan Sungai Lenik, Ladang Cha’ah (5.14 meter).

“Keadaan cuaca di semua daerah di laporkan cerah sehingga pukul 12 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading