KELUARGA MANGSA REMAJA BASIKAL LAJAK LEGA DAPAT PEMBELAAN
Keluarga remaja yang terlibat kemalangan basikal lajak hari ini menzahirkan kesyukuran dan kelegaan apabila akhirnya tragedi yang menyebabkan kematian lapan remaja itu mendapat pembelaan.
Ibu seorang daripada mangsa terkorban, Sabariah Yusof, 54, tidak dapat menahan sebak ketika memeluk bantal kesayangan anaknya pada temu bual di rumahnya di Senibong, hari ini. Anaknya, Mohamad Azhar Amir berusia 16 tahun meninggal dunia akibat dirempuh kereta ketika berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru 5 tahun lalu. Sumber Gambar: BERNAMA
JOHOR BAHRU: Keluarga remaja yang terlibat kemalangan basikal lajak hari ini menzahirkan kesyukuran dan kelegaan apabila akhirnya tragedi yang menyebabkan kematian lapan remaja itu mendapat pembelaan.
Bagaimanapun tragedi itu sukar untuk dilupakan oleh keluarga mangsa selain memberikan kesan yang mendalam dalam hidup mereka serta menyebabkan gangguan emosi.
Sabariah Yusof, 54, ibu kepada Allahyarham Mohamad Azhar Amir,16, berkata sehingga kini dia masih terbayang anaknya itu berada di rumah, meskipun telah menghadap Ilahi sejak lima tahun yang lepas.
“Bangun pagi sahaja saya rasa hendak kejut dia pergi sekolah, terbayang dia masih ada. Katil dia selalu tidur juga saya tidak alih, masih ada.
“Rasa kecewa sebelum ini wanita terbabit terlepas, sebenarnya tidak tahu hari ini dia dijatuhkan hukuman, rasa bersyukur sangat (kematian) dapat pembelaan, tidak boleh diungkapkan perasaan. Bagaimanapun saya reda atas kejadian ini kerana ujian Allah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Senibong, di sini hari ini.
Ibu kepada 10 cahaya mata itu berkata kejadian tersebut menyebabkan emosinya terganggu terutama selepas mengetahui terdapat orang ramai yang mengecam kejadian itu dan menyalahkan ibu bapa, namun dia reda dan sentiasa mendapat sokongan moral daripada penduduk setempat, keluarga terdekat dan guru-guru sekolah.
Dia berkata anak kelapannya itu juga merupakan seorang anak yang baik dan ringan tulang kerana sering membantunya menjual puding.
“Saya rasa sedih (apabila ada orang mengecam), sebab dia anak yang sangat baik dan sangat rapat dengan saya, selalu hantar saya pergi kerja.
“Dia juga jarang naik basikal, kerana setiap malam bantu saya meniaga puding..dia akan jual dari warung ke warung berdekatan. Balik dari meniaga (hari kejadian) dia keluar dan terlibat kemalangan,” katanya.
Sementara itu Salman Ahmed, 56, yang merupakan bapa kepada Muhamad Arif, 20, yang terselamat dalam kejadian itu, berkata anaknya sering mengalami gangguan emosi setiap kali terkenang kejadian itu, selepas cedera parah dan mengalami gegaran otak pada kemalangan tersebut.
Katanya kejadian itu turut menyebabkan anak bongsunya yang ketika itu berusia 15 tahun, mengalami trauma apabila setiap kali melihat basikal selain tidak keluar bergaul dengan orang ramai selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
“Dia tidak boleh lihat basikal, cerita pasal kejadian itu atau lihat gambar pun tidak boleh, kalau ingat dia tidak boleh tidur. Lega (wanita itu) dijatuhkan hukuman, selagi hayat dikandung badan, selagi itu pakcik tidak dapat lupa peristiwa ini,” katanya.
Bapa kepada tiga anak itu turut menjelaskan Muhamad Arif kini bekerja di sebuah kilang di Masai Lama sejak dua tahun lepas.
Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Sam Ke Ting, 27, selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lepas.
Sam yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Pergi mampus lar budak budak yang nak main basikal lajak semua ini. Kalau nak mampus pergi jauh jauh lar jangan lar menyusah kan orang yang tidak bersalah.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
Anonymous
14 April 2022 at 11:40 PM
Pergi mampus lar budak budak yang nak main basikal lajak semua ini. Kalau nak mampus pergi jauh jauh lar jangan lar menyusah kan orang yang tidak bersalah.