Kali terakhir penulis masuk ke Gaza adalah Ogos 2014 selepas gencatan senjata dicapai di wilayah konflik itu.
Ketika itu rejim
zionis melancarkan Operasi Protective Edge
menyerang wilayah dikepung itu menyebabkan lebih 2,200 warga Palestin terkorban
dan 85 warga Israel, majoritinya tentera, terbunuh.
Umum tahu
perjuangan di Palestin sama ada di Gaza atau Tebing Barat adalah untuk
membebaskan tanah jazirah Arab yang diduduki secara haram oleh rejim Israel
sejak 1948.
Warga Palestin dibantai dan kerana itu berlaku kebangkitan atau intifada dalam kalangan mereka untuk membebaskan Al Quds dan mencapai kemerdekaan di tanah air yang dirampas zionis.
Jesteru apabila ada pihak di negara ini yang menyamakan perjuangan pembebasan Palestin dengan apa dilakukan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang diharamkan lebih 30 negara, maka ia boleh disifatkan sebagai pandangan tidak sensitif, dangkal dan mengarut.
Pihak terbabit
ibarat menegakkan benang yang basah untuk membela LTTE apatah lagi mengatakan
yang kumpulan itu sudah berkubur sedangkan hakikat yang berlaku di negara ini adalah
sebaliknya.
Ini terbukti
apabila Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM)
mendedahkan wujud transaksi kewangan dalam jumlah besar dipercayai untuk
mengaktifkan semula kumpulan LTTE.
Lebih menakutkan apabila pihak keselamatan juga mendedahkan LTTE mempunyai cawangan di setiap negeri. Bala apakah yang menunggu kita jika PDRM gagal mengesan awal ancaman ini?
Persoalannya, kenapa situasi ini bahaya kepada negara dan kenapa tindakan menyamakan LTTE dengan perjuangan Palestin itu bukan hanya salah tetapi menampakkan kenaifan pihak terbabit.
“Kumpulan ini sangat merbahaya,” demikian kata pakar keselamatan strategik UNIMAP, Prof Madya Dr Mizan Aslan yang ditemubual Berita TV AlHijrah semalam mengulas penahanan lima lagi suspek yang dipercayai ada kaitan dengan LTTE pada Sabtu lalu.
Penahanan
terbaru itu menjadikan keseluruhan tangkapan berkaitan kumpulan pengganas sejak
Khamis lalu ialah 12 orang.
Khamis lalu,
tujuh individu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri ditahan mengikut Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas disyaki
terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE.
Jadi kenapa rakyat Malaysia harus mengenepikan neraca kaum dan politik dalam isu penahanan suspek yang dipercayai ada kaitan dengan LTTE?
Menurut laporan
FBI pada 2008, kumpulan LTTE yang ditubuhkan sejak 1976 dengan misi utamanya
menubuhkan negara Tamil Eelam di utara dan timur Sri Lanka, diklasifikasikan
sebagai kumpulan pengganas paling berbahaya di dunia.
“Mereka adalah kumpulan pertama menggunakan serangan berani mati, membunuh pemimpin, melakukan penghapusan etnik kepada Muslim dan Sinhalese dan melakukan pembunuhan beramai-ramai,” jelas Dr Mizan.
Bagi yang
mengikuti perkembangan geopolitik dunia, kita tentunya tidak lupa dengan
pembantaian terhadap umat Islam selama 25 tahun LTTE bermaharajalela sebelum kumpulan
pengganas itu dikalahkan Kerajaan Sri Lanka.
Namun apa yang
menakutkan, malah menghairankan adalah kenapa terdapat golongan yang meraikan
dan memuja kumpulan pengganas ini di Malaysia?
Tentunya kita masih
ingat bagaimana pembunuhan 147 orang Islam di Masjid Kattankudy pada 3 Ogos
1990 yang didalangi 30 pengganas LTTE. Mereka menyusup masuk ke masjid dan
menembak 300 jemaah yang sedang solat ketika itu menyebabkan sebahagian
besarnya terkorban.
Bukan setakat
itu, LTTE juga dilaporkan melakukan penyembelihan terhadap umat Islam di Sri
Lanka. Di Malaysia pula mereka pernah mencederakan Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka
ke Malaysia, Ibrahim Ansar pada 2016.
Keganasan LTTE dengan perjuangan Palestin adalah ibarat langit dan bumi kerana pejuang di Gaza tidak melakukan pembunuhan besar-besaran atau penghapusan etnik yang jelas menunjukkan kebencian atas dasar ras, bangsa dan agama.
Inilah “rallying point” kenapa rakyat Malaysia harus menyekat anasir ini daripada terus menular dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di negara ini, sekaligus menyokong tindakan pihak berkuasa.
Perjuangan Palestin adalah perjuangan pembebasan tanah air yang dirampas dan pejuang-pejuang di Gaza tidak melakukan penyembelihan, pembunuhan dan penghapusan etnik.
Jika mahu disamakan “perjuangan” LTTE itu dengan kumpulan tertentu, barangkali ia boleh disamakan dengan Daesh yang melakukan keganasan.
Kita semua harus
bersetuju yang penahanan inidvidu terbabit yang dipercayai menyokong dan
menyalurkan dana kepada LTTE (baca cuba menghidupkan semula gerakan LTTE)
dibuat untuk kepentingan semua.
Ia langsung
tiada kaitan politik atau kaum kerana memerangi keganasan sentiasa mengecualikan
latar belakang individu.
Ini terbukti
apabila statistik PDRM setakat ini menunjukkan 284 individu terbabit Jemaah
Islamiyah, 512 Daesh dan 25 LTTE, ditahan pihak berkuasa.
Sepertimana ditegaskan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa penangkapan ini juga dilakukan mengikut
peruntukan undang-undang dan tiada campur tangan pentadbirannya.
Jika ada pihak tidak
bersetuju bahawa ada gerakan untuk menghidupkan semula kumpulan pengganas LTTE,
barangkali mereka boleh membantu polis menjelaskan transaksi kewangan dalam
jumlah yang besar itu.
Apa yang pasti mereka yang makan cili akan merasa pedas. Lebih penting kamu kini di bawah “radar” PDRM.
Jika tidak mahu membantu adalah lebih baik diam kerana seluruh rakyat negara ini menolak keganasan dan anasir pengganas ini harus dihapuskan hingga ke akar umbi tanpa mengira warna kulit. Bersihkan kesemuanya atau negara tercinta kita berdepan bahaya. – AlHijrah Online
Penulis adalah Editor AlHijrah Online yang pernah menyaksikan sendiri penderitaan dan perjuangan rakyat Palestin di Gaza pada 2010, 2012 dan 2014 pasca serangan Israel ke atas wilayah yang terkepung sejak 2007 itu.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests