KERAJAAN AKAN UMUM LANGKAH LINDUNGI PESARA – PM ANWAR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memperhalusi langkah terbaik untuk melindungi pesara susulan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang membatalkan pindaan kepada undang-undang pencen.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 di sini hari ini. —fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memperhalusi langkah terbaik untuk melindungi pesara susulan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang membatalkan pindaan kepada undang-undang pencen.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan kini memperincikan mekanisme itu dan akan membuat pengumuman tidak lama lagi.
“Kita akan mengusahakannya. Kita perlu hormati keputusan Mahkamah Persekutuan. Kita mempunyai mekanisme untuk melindungi pesara dan akan mengumumkannya tidak lama lagi,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 di sini hari ini.
Pada 27 Jun, Mahkamah Persekutuan memutuskan pindaan undang-undang pada 2013 yang memperkenalkan skim pencen baharu yang melaraskan bayaran pencen setiap tahun dengan kenaikan dua peratus sebagai kurang menguntungkan pesara dan tidak berperlembagaan.
Keputusan itu bermakna undang-undang mengandungi skim pelarasan pencen lama akan digunakan.
Sementara itu Anwar berkata kerajaan terbuka dengan cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjadikan pilihan pengeluaran secara berkala atau bulanan apabila mencecah usia persaraan 55 tahun, yang ketika ini adalah secara sukarela kepada mandatori bagi ahli baharu pada masa depan.
“Saya tidak ada keberatan,” kata Anwar.
Bagaimanapun Perdana Menteri berkata ia perlu mengambil kira beberapa kekangan termasuk jumlah simpanan yang terlalu kecil dalam kalangan pencarum.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata pengeluaran secara berkala itu dilihat mampu memberi peluang kepada ahli untuk menguruskan wang persaraan dengan lebih baik.
Beliau dipetik sebagai berkata pengeluaran berkala atau secara bulanan itu juga memberi peluang kepada ahlinya terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan yang ada. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.