Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI PEREMPUAN MASIH BERTALI PUSAT DITEMUKAN DI KEDAI AYAM

DALAM NEGARA

BAYI PEREMPUAN MASIH BERTALI PUSAT DITEMUKAN DI KEDAI AYAM

Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemukan di sebuah kedai menjual ayam di Jabor Kubor, Jalan Air Putih, pagi tadi.

CHUKAI: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemukan di sebuah kedai menjual ayam di Jabor Kubor, Jalan Air Putih di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata bayi yang masih hidup dan bertali pusat itu ditemukan di atas lantai kedai oleh pemiliknya pada kira-kira pukul 7.50 pagi tadi, ketika mahu memulakan perniagaan.

Beliau berkata bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman oleh anggota polis untuk rawatan dan siasatan lanjut.

“Bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan sempurna dan dianggarkan berusia antara tiga hingga empat hari berdasarkan keadaan tali pusat,” katanya pada sidang media di Balai Polis Air Putih di sini, hari ini.

Hanyan berkata pihaknya telah menghubungi klinik dan membuat pemeriksaan di klinik swasta untuk mengesan individu yang terlibat.

“Kita telah mengarahkan semua klinik swasta supaya memaklumkan kepada polis atau pihak berkuasa sekiranya ada maklumat berkaitan pesakit wanita yang baru bersalin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading