KERAJAAN JOHOR TIDAK ANIAYA PERNIAGAAN ORGANISASI ISLAM
Kerajaan Johor tidak pernah menganiaya perniagaan mana-mana organisasi Islam di negeri itu melainkan terdapat bukti penyelewengan atau mempunyai unsur yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor tidak pernah menganiaya perniagaan mana-mana organisasi Islam di negeri itu melainkan terdapat bukti penyelewengan atau mempunyai unsur yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata tindakan yang diambil kerajaan negeri terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), selepas mendapati berlakunya pengabaian terhadap kanak-kanak dan golongan wanita.
Beliau berkata siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Mufti juga mendapati GISBH menggunakan perniagaan untuk ajaran sesat.
“Kita ada bertemu dengan kanak-kanak kecil bayi hingga berusia 18 tahun di Bangunan Jabatan Kebajikan Masyarakat, ada yang digunakan sebagai buruh paksa.
“Islam juga tidak pernah mengajar untuk melakukan penganiayaan terhadap wanita, itu belum sentuh mengenai gangguan seksual, siasatan polis mendapati ia berlaku,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Ketiga Kali ke-15, di Bangunan Sultan Ismail di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Jefridin Atan (BN-Kukup) mengenai usaha dilakukan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), dalam mendepani isu ajaran sesat dan pengabaian terhadap kanak-kanak serta penggunaan buruh paksa di Johor.
Mohd Fared berkata satu garis panduan Penubuhan Jawatankuasa Membanteras Isu Ajaran Sesat telah diangkat dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) pada 23 Ogos.
Beliau berkata jawatankuasa itu berperanan untuk mengenal pasti isu ajaran sesat di negeri itu dan mencadangkan tindakan segera yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa dari sudut pemulihan akidah, undang-undang Syariah dan tindakan undang-undang di peringkat Persekutuan.
Justeru, Mohd Fared menegaskan bahawa mana-mana guru agama yang ingin berkongsi ilmu di Johor perlu mendapat tauliah terlebih dahulu dan menghormati undang-undang di negeri itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked