Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMATIAN PERTAMA JEMAAH HAJI MALAYSIA 1447H, REBAH DI MASJIDIL HARAM SEMASA SOLAT JUMAAT

DALAM NEGARA

KEMATIAN PERTAMA JEMAAH HAJI MALAYSIA 1447H, REBAH DI MASJIDIL HARAM SEMASA SOLAT JUMAAT

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata, Allahyarham yang berasal daripada Pahang dan berusia 65 tahun itu menunaikan haji bersama isterinya.

MAKKAH: Seorang jemaah haji Malaysia dilaporkan telah meninggal dunia selepas rebah sewaktu ingin menunaikan solat fardu Jumaat di Masjidil Haram, semalam.

Berita duka itu menjadikan kematian pertama jemaah haji untuk musim 1447H/ 2026.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata, Allahyarham yang berasal daripada Pahang dan berusia 65 tahun itu menunaikan haji bersama isterinya.

“Allahyarham berada di kawasan dataran Masjidil Haram untuk menunaikan solat fardhu Jumaat, kemudiannya beliau rebah dan tidak sedarkan diri.

“Rawatan awal bantuan pernafasan telah diberikan di kawasan kejadian dan kemudian terus di bawa ke Hospital Jiwar Jabal Omar, Makkah,” katanya dalam sidang media di Hotel Abraj Al Tayseer, di sini hari ini.

Mohd Hisham berkata jemaah tersebut disahkan meninggal dunia di pusat rawatan berkenaan pada sekitar jam 12.15 tengahari akibat komplikasi jantung (cardiac arrest).

Pihak Tabung Haji telah membantu menguruskan urusan pengebumian Allahyarham sebelum jenazah dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan selepas solat Maghrib dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Al-Sharayea, ujarnya.

“Para petugas kami dari unit kebajikan, kaunselor dan pembimbing ibadat haji juga telah menziarahi isteri Allahyarham untuk memberikan sokongan dan bantuan sewajarnya.

“Tabung Haji akan melaksanakan badal haji pihak Allahyarham dan juga akan menyampaikan manfaat tuntutan perlindungan TH Khairat kepada pihak waris,” tambahnya lagi.

Tabung Haji turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga Allah SWT mengampunkan dosa Allahyarham, menerima segala amal kebaikan serta ditempatkan bersama golongan yang beriman.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading