KERAJAAN SEDAYA UPAYA BANTU RAKYAT DEPANI PERMASALAHAN HARGA BARANG KEPERLUAN – PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedaya upaya melakukan yang terbaik dalam membantu rakyat mendepani permasalahan berkaitan harga barang keperluan ketika ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedaya upaya melakukan yang terbaik dalam membantu rakyat mendepani permasalahan berkaitan harga barang keperluan ketika ini.
Mengakui masalah berkaitan perkara itu wujud, Anwar berkata beliau sudah meminta Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri KPDN Datuk Fuziah Salleh untuk memberikan perhatian berhubung perkara itu.
Katanya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memfokuskan mengenai isu berkenaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL).
“Memang ada masalah, saya akui, harga barang dan keperluan, kita lihat beberapa negara sudah ada keresahan sosial besar kerana sekatan eksport beras, peningkatan cukai eksport bawang.
“Itu semua beri kesan kepada ekonomi dan (harga) barang, tapi kita cuba tangani,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Ulang Tahun Jubli Intan Lembaga TH yang ke-60 di Menara TH.
Ditanya sama ada pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dijadualkan hari ini akan menyentuh mengenai ura-ura rombakan kabinet, beliau berkata ia hanya merupakan pertemuan mingguan yang biasa dilakukannya dengan Seri Paduka.
“Mungkinlah, mungkin, nanti saya fikir. Tak ada keperluan mendesak pun sebab yang kosong cuma satu,” kata Perdana Menteri.
Ketika ini kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lepas, masih belum diisi.
Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku penyusunan semula Kabinet dalam masa terdekat, dengan beberapa menteri diramal digugurkan dan dakwaan rombakan itu hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil Pelangai pada 7 Okt ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager