MOF MULAKAN PERBINCANGAN SERAH SEMULA ASET TH – PM ANWAR
Kerajaan akan memulakan perbincangan bagi menyerahkan semula sebahagian aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang sebelum ini dipindahkan ke sebuah syarikat tujuan khas (SPV) dimiliki Kementerian Kewangan pada 2018, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat buku Sejarah Haji Malaysia pada majlis pelancaran sambutan ulang tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di Menara TH hari ini. Turut hadir Pengerusi TH Tan Sri Azman Mokhtar (dua, kanan) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (dua, kiri). — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memulakan perbincangan bagi menyerahkan semula sebahagian aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang sebelum ini dipindahkan ke sebuah syarikat tujuan khas (SPV) dimiliki Kementerian Kewangan pada 2018, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata pertimbangan itu dibuat setelah meneliti laporan awal serta melihat TH kembali diurus dengan baik, peningkatan keyakinan pendeposit, serta pengurusan cekap dan berintegiriti oleh kepimpinan baharu institusi pengurusan haji negara itu.
“Setelah meneliti perkembangan dan bincang dengan Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Pengerusi Lembaga TH Tan Sri Azman Mokhtar, saya telah beritahu daripada awal bahawa sebaik sahaja TH diurus dengan baik, maka MOF akan memulakan perbincangan supaya menyerahkan semua aset yang dipegang SPV.
“Ini juga mematikan fitnah amat tidak bertanggungjawab pada Menteri Kewangan ketika itu (Lim Guan Eng) dan kerajaan ketika itu seolah-olah memindahkannya pada kelompok bukan Islam. Tidak, saya lihat rekodnya, dan di MOF, ia masih dalam pegangan MOF, sekarang saya pegang amanahnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan sambutan Ulang Tahun Jubli Intan Lembaga TH yang ke-60 di Menara TH hari ini yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Pada Mac 2019, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ketika itu berkata langkah memindahkan aset RM19.9 bilion kepada SPV berjaya ‘menutup lubang’ jurang antara aset dan liabiliti yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu.
Perdana Menteri berkata selagi beliau diberi amanah memegang tanggungjawab menjaga negara, beliau tidak akan bertolak ansur dalam segala percubaan untuk merosakkan agensi mahu pun syarikat milik negara bagi mengaut keuntungan.
“Sebab itu dalam soal tatakelola, kamu kecamlah saya pun. Selagi saya ada amanah ini, saya tidak akan tolak ansur untuk pastikan negara ini diurus dengan baik dan halang percubaan untuk merosakkan agensi ini kerana kegelojohan dan ketamakan beberapa orang.
“Dan saya beri jaminan sebaik sahaja dibaiki maka kita serahkan semula (aset), tapi kerajaan tidak boleh tanggung kerugian kerana kecuaian-kecuaian ini. Kita lihat contohnya TH, sebaik ada tatakekola baik, dengan cepat ia dipulihkan. Alhamdulillah, sebab itu saya ucapkan tahniah kepada pengurusan TH,” katanya.
Sementara itu Anwar berkata kerajaan juga akan meminda akta TH bagi memenuhi maksud Maqasid Syariah, bukan sahaja dari aspek pengurusan kecekapan, tapi bagi membolehkannya berfungsi memberikan penghayatan kepada pengurusan ibadah haji.
Pada sidang media selepas itu, Perdana Menteri berkata rundingan berkaitan pemindahan semula aset berkenaan akan melibatkan kesemua aset yang telah dipegang SPV sebelum ini, dan penyerahannya akan dilakukan secara berperingkat.
“Keputusan ini (penyerahan semula aset) dengan sendirinya menjawab segala tohmahan dan fitnah bertahun lamanya, berbakul-bakul fitnah, kata aset ini dijual,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests