KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyasarkan lebih 50 peratus umat Islam memiliki akaun TH pada penghujung tahun hadapan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sehingga Ogos 2023, lebih 45 peratus daripada keseluruhan 18 juta umat Islam di Malaysia telah membuka akaun TH.
“TH yang pada awalnya hanya mempunyai 1,281 pendeposit dengan tabungan RM46,610, kini mempunyai hampir sembilan juta pendeposit dengan jumlah tabungan lebih RM89 billion, antara tertinggi sejak penubuhannya 60 tahun lepas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis sambutan Ulang Tahun Jubli Intan Lembaga TH ke-60 di Menara TH yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohd Na’im berkata setelah melalui pelbagai evolusi, TH berjaya berkembang pesat dan merupakan institusi Islam berpengalaman luas dalam pengurusan haji dan pentadbiran dana patuh syariah yang menjadi inspirasi kepada negara Islam lain.
Katanya TH akan terus bekerja keras untuk mencapai sasaran saiz dana RM100 bilion menjelang tahun 2024.
Menurutnya menerusi Pelan Transformasi Strategik atau dikenali sebagai HIJRAH24 yang diperkenal awal 2022, TH telah meningkatkan saiz dana sebanyak RM5.7 bilion daripada RM83.3 bilion kepada RM89 bilion.
Beliau berkata sehingga kini TH telah menguruskan 1.5 juta jemaah haji untuk menunaikan rukun Islam yang kelima, di samping membelanjakan RM2.5 bilion Bantuan Kewangan Haji bagi meringankan beban bakal haji negara, sejak 2001.
TH yang merangkul Anugerah Labaittom daripada Kerajaan Arab Saudi bagi kategori Perkhidmatan Bimbingan Haji Terbaik Dunia Islam pada Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 di Jeddah, Arab Saudi juga telah mengagihkan keuntungan berjumlah lebih RM40 bilion kepada pendepositnya dalam tempoh 60 tahun. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.