Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN TANGGUNG KOS HAJI RM1,000 BAGI SETIAP JEMAAH B40 – PM

DALAM NEGARA

KERAJAAN TANGGUNG KOS HAJI RM1,000 BAGI SETIAP JEMAAH B40 – PM

Gambar Fail – Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung kenaikan kos haji bagi setiap jemaah kumpulan B40 tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kumpulan itu sepatutnya perlu membayar kenaikan kos haji sebanyak RM1,000 tahun ini.

“Tahun ini sepatutnya naik RM1,000…tetapi lepas saya kira-kira untuk B40 tidak perlu.

“Kerugian kenaikan RM1,000 itu akan ditanggung oleh Kementerian Kewangan supaya jemaah B40 boleh pergi haji tanpa kenaikan,” katanya  pada Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023.

Tambah perdana menteri, perkara itu salah satu perubahan yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam mengurangkan beban yang ditanggung B40 dalam menunaikan rukun Islam kelima itu.

Tahun lalu Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan dua kategori kadar bayaran bagi jemaah haji muassasah yang pertama kali mengerjakan haji.

Bayaran sebanyak RM10,980 perlu dibayar oleh jemaah daripada golongan B40 iaitu peningkatan sebanyak RM1,000, manakala bayaran sebanyak RM12,980 dikenakan bagi jemaah bukan B40 iaitu melibatkan peningkatan sebanyak RM3,000. – AlHIjrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading