Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERETA TERJUNAM KE TASIK UNIMAS, SEORANG WANITA MAUT MANAKALA REMAJA OKU SELAMAT 

DALAM NEGARA

KERETA TERJUNAM KE TASIK UNIMAS, SEORANG WANITA MAUT MANAKALA REMAJA OKU SELAMAT 

Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam tasik berdekatan bulatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Sarawak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Superintenden Damataries Launtin berkata mangsa dikenali sebagai Nur Shareefah Lusia Abdullah, 50, manakala anaknya Nur Badrina Saharidan, 17, yang turut berada dalam kenderaan itu terselamat.

Sumber: JBPM Kota Samarahan

KUCHING: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam tasik berdekatan bulatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Superintenden Damataries Launtin berkata mangsa dikenali sebagai Nur Shareefah Lusia Abdullah, 50, manakala anaknya Nur Badrina Saharidan, 17, yang turut berada dalam kenderaan itu terselamat.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah motokar yang dipandu oleh mangsa sedang dalam perjalanan dari Desa Ilmu menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang menggunakan jalan dalam kawasan UNIMAS.

“Sebaik tiba di kawasan tasik berdekatan bulatan UNIMAS, kenderaan terbabit dipercayai telah berhenti seketika di tepi jalan di atas kawasan rumput sebelum tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam tasik,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Damataries berkata Nur Shareefah Lusia disahkan meninggal dunia di Pusat Kesihatan Prima UNIMAS pada 11.51 pagi semasa menerima rawatan dan jenazah telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat manakala anaknya, yang juga Orang Kurang Upaya, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading