PETALING JAYA: Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia tidak pernah mengabaikan kanak-kanak autistik itu sepertimana dalam pertuduhan yang dihadapinya.
“Tidak, saya tidak abai Zayn khususnya pada 5 Dis 2023 sepertimana dalam pertuduhan,” kata Ismanira Abdul Manaf, 30, semasa pemeriksaan utama oleh peguam Haresh Mahadevan yang mewakilinya pada hari pertama prosiding membela diri dalam kes pengabaian membabitkan kanak-kanak malang itu.
Ismanira berkata dia amat sedih dan sukar menerima keadaan itu kerana sentiasa mengambil berat mengenai keselamatan serta kebajikan Zayn Rayyan.
Semasa melihat jasad Zayn Rayyan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, dia berkata anaknya itu mempunyai luka pada tangan serta bahagian belakang kepala manakala hidungnya berdarah dan mulut tidak bertutup rapat selepas dijumpai pada malam 6 Dis 2023.
“Perut sudah kembung, dia sudah mula membusuk… kakinya kecut warna putih… mata lebam, itu yang saya nampak,” katanya.
Ismanira juga berkata semasa Zayn Rayyan dijumpai di aliran sungai berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai, dia merasakan bahawa mayat itu bukan anaknya dan ia adalah budak lain.
Wanita itu berkata dia berada dalam fasa penafian kerana masih tidak percaya bahawa anaknya ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.
Menjawab soalan peguam sama ada dia ada bertanya kepada polis mengenai apa yang berlaku pada Zayn Rayyan, Ismanira menjawab “polis menyatakan ada unsur jenayah… jika ikut kecederaan yang dialami anak saya, polis syak seorang pedofilia dan penagih dadah… itu seingat saya”.
Terdahulu, Hakim Dr Syahliza Warnoh memerintahkan Ismanira membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita itu manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.
Mereka didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.
Pertuduhan terhadap mereka adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, menceritakan mengenai kehilangan Zayn Rayyan, Ismanira berkata dia berasa sangat cemas semasa anaknya hilang pada 5 Dis 2023 selepas mengambil kanak-kanak itu dari sekolah.
“Saya menjemput Zayn lewat lima minit, sebab saya singgah di sebuah pasar raya untuk beli barang untuk masak makanan tengah hari Zayn iaitu spaghetti bolognese sebab dia suka… selepas balik, saya parkir motosikal… dan saya akan membawa Zayn main di taman permainan kerana dia suka main buaian, itu rutin harian.
“Semasa naik ke rumah dan separuh tangga, saya sedar bunyi tapak kasut tiada… saya kemudian naik ke rumah kerana syak Zayn sudah naik kerana dia tahu rumah dia… apabila saya sampai ke rumah, Zayn memang tiada… saya tidak dengar dia berlari kerana kalau dia lari, mesti saya terus kejar,” katanya.
Ismanira berkata dia membiarkan pintu pagar dan pintu rumahnya terbuka dengan harapan apabila anaknya itu balik, Zayn Rayyan boleh masuk ke dalam rumah.
“Ketika itu, saya panggil Zayn… kadang-kadang saya panggil abang sebab dia anak sulung… saya cuba panggil abang… Zayn… abang kat mana, tapi tak ada..,” katanya dalam nada sebak.
Perbicaraan bersambung esok.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests