TRUMP ‘TERKEJUT’ DENGAN SERANGAN ISRAEL DI SYRIA, GEREJA DI GAZA – RUMAH PUTIH
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak menjangkakan tindakan pengeboman Israel di Syria serta serangan ke atas sebuah gereja Katolik di Gaza, hingga mendorong beliau menghubungi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bagi mendapatkan penjelasan, menurut kenyataan Rumah Putih pada Isnin.
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak menjangkakan tindakan pengeboman Israel di Syria serta serangan ke atas sebuah gereja Katolik di Gaza, hingga mendorong beliau menghubungi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bagi mendapatkan penjelasan, menurut kenyataan Rumah Putih pada Isnin.
“Presiden tidak menjangkakan pengeboman di Syria dan juga serangan ke atas gereja Katolik di Gaza.
“Dalam kedua-dua kejadian, beliau segera menghubungi perdana menteri bagi menangani situasi itu,” kata jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt kepada pemberita.
Keadaan bertambah buruk pada 16 Julai apabila tentera Israel melancarkan serangan berhampiran istana presiden Syria, markas besar Turus Angkatan Tentera dan Kementerian Pertahanan negara itu, lapor Anadolu Ajansi.
Israel turut menyerang Gereja Holy Family di Gaza pada Khamis lalu, menyebabkan tiga maut dan 10 cedera, termasuk paderi gereja itu.
Laporan laman berita AS, Axios pada Ahad menyatakan bahawa tindakan Israel di Syria mencetuskan “keraguan yang semakin meningkat” dalam pentadbiran Trump mengenai Netanyahu, dengan pandangan bahawa dasarnya di Timur Tengah terlalu mengganggu kestabilan.
Berkaitan konflik di Gaza, Leavitt berkata pertempuran itu “berlarutan terlalu lama” dan menjadi “amat ganas” dalam beberapa hari kebelakangan ini.
“Presiden tidak suka melihat keadaan seperti itu,” kata Leavitt merujuk kepada peningkatan angka korban akibat serangan Israel di Gaza.
“Beliau mahu pertumpahan darah ini dihentikan, mahu merundingkan gencatan senjata di rantau ini dan mahu semua tawanan dibebaskan dari Gaza,” katanya.
Sejak 2 Mac, Israel melaksanakan sekatan menyeluruh ke atas Gaza dengan menyekat kemasukan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan.
Agensi bantuan antarabangsa berulang kali memberi amaran mengenai kebuluran yang sedang berlaku tanpa sebarang tanda-tanda ia akan reda.
Walaupun menerima tekanan antarabangsa untuk melaksanakan gencatan senjata, tentera Israel terus melancarkan serangan ganas ke atas Gaza sejak 7 Okt 2023, mengorbankan lebih 59,000 rakyat Palestin, majoritinya wanita dan kanak-kanak.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager