Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES PERTAMA WARGANEGARA MALAYSIA POSITIF NOVEL KORONAVIRUS 2019

DALAM NEGARA

KES PERTAMA WARGANEGARA MALAYSIA POSITIF NOVEL KORONAVIRUS 2019

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata satu lagi kes membabitkan seorang lelaki warganegara China berumur 63 tahun, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Jan lepas.

“Bagi kes warganegara Malaysia, beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara jiran (Singapura) dari 16 hingga 23 Jan 2020, bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri beberapa delegasi antarabangsa termasuk dari negara China.

“Beliau pulang ke Malaysia pada 23 Jan 2020, dan pada 29 Jan 2020 beliau mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta di Selangor kerana demam dan batuk. Selanjutnya beliau dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Feb 2020 dan dimasukkan ke wad isolasi. Beliau disahkan positif 2019-nCoV semalam,” katanya pada sidang media perkembangan terkini kluster 2019-nCoV, di sini hari ini.

Beliau berkata rakyat Malaysia itu kini dalam keadaan stabil dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan kerjasama erat dengan pihak negara jiran untuk mengenal pasti aktiviti pengesanan sentuh (contact tracing). — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading