Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KORONAVIRUS: PETA DIGITAL BANTU PENDUDUK KOREA SELATAN DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

DUNIA

KORONAVIRUS: PETA DIGITAL BANTU PENDUDUK KOREA SELATAN DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

SEOUL: Peta dalam talian yang menunjukkan bagaimana novel koronavirus merebak di seluruh negeri kini tular di Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap. 

Peta Corona (http://coronamap.site/), sebuah laman web yang dibangunkan oleh empat penuntut universiti, seorang daripanya menuntut di Universiti Kyunghee. 

Laman web itu menunjukkan angka terbaru kes disahkan dan disyaki. Garis dan bulatan  ditandakan dengan warna berlainan, menunjukkan 15 orang yang telah didiagnosis dengan virus itu dan bagaimana mereka telah mengembara ke seluruh negeri.

Mula dilancarkan pada 30 Jan selepas Korea Selatan mengesahkan enam kes jangkitan, laman web itu telah menarik hampir lapan juta pengguna Internet hanya lima hari selepas diperkenalkan, kata Lee Dong-hoon dalam temu bual radio dengan MBC. 

Di samping itu, Corona Nearby (https://corona-nearby.com/) satu lagi peta yang juga semakin popular.

Lebih mesra pengguna, peta itu membolehkan orang ramai mengetahui kawasan yang terjejas dengan koronavirus.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat hospital dan pusat kesihatan yang boleh dikunjungi pesakit. 

Menggunakan data kerajaan dan akademik dari Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia, laman web itu turut memaparkan kes yang disyaki dan disahkan di dalam dan luar negara. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading