Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES ROGOL, JENAYAH SEKSUAL DISIASAT TANPA MENGIRA UMUR – AZALINA

DALAM NEGARA

KES ROGOL, JENAYAH SEKSUAL DISIASAT TANPA MENGIRA UMUR – AZALINA

Kerajaan memberi jaminan bahawa setiap kes rogol atau jenayah seksual akan disiasat di bawah Kanun Keseksaan tanpa mengira umur pelaku.

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa setiap kes rogol atau jenayah seksual akan disiasat di bawah Kanun Keseksaan tanpa mengira umur pelaku.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata status bawah umur tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melepaskan seseorang daripada tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan.

Beliau berkata siasatan bagi kes seumpama itu akan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk jika ia melibatkan pelajar sekolah atau individu bawah umur.

Azalina berkata walaupun Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai prosedur tersendiri dalam menangani isu salah laku seksual, kes jenayah itu tetap tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa undang-undang jenayah.

“Bagi undang-undang jenayah, ia tetap satu kesalahan… siasatan akan tetap dijalankan oleh PDRM. Biarlah polis menyiasat supaya tindakan sewajarnya akan dikenakan,” katanya kepada pemberita selepas menjadi moderator untuk forum Nation Building and Future Resilience: Youth and Bullying di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bahawa empat suspek kes rogol di Melaka yang semuanya di bawah umur boleh menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang dijadual bermula 3 Nov depan.

Fadhlina berkata segala tindakan undang-undang dalam kes itu diserahkan kepada pihak polis dan KPM akan menumpukan kepada pengurusan aspek disiplin serta ekosistem sokongan sekolah termasuk masa depan pendidikan pelajar terlibat.

Azalina juga berkata sekiranya Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan hasil siasatan dan terdapat bukti yang mencukupi, pendakwaan akan dilakukan di mahkamah.

“Jika pelaku berumur bawah 18 tahun, sistem pendakwaan akan dijalankan di Mahkamah Kanak-Kanak. Namun, dia tetap akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan,” katanya.

“Jangan salah faham… salah tetap salah, jahat tetap jahat… hukuman tetap akan dikenakan tetapi mahkamahnya mungkin mahkamah berlainan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading