KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menafikan penularan satu grafik mengenai harga runcit produk petroleum bagi tempoh 2 hingga 8 April 2026 dengan harga BUDI95 RM2.39 seliter.
“Untuk makluman semua, grafik tersebut adalah TIDAK SAHIH dan bukan dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” tegasnya secara ringkas.
MOF berkata, pemakluman rasmi harga runcit produk petroleum mingguan akan diterbitkan oleh kementeriannya pada setiap hari Rabu melalui platform rasmi.
“Pastikan anda hanya merujuk sumber sahih bagi mendapatkan maklumat terkini dan tepat.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan, sentiasa merujuk saluran rasmi kerajaan untuk pengumuman harga minyak, dan berhati-hati dengan kandungan yang boleh mengelirukan dan mencetuskan kekeliruan awam,” katanya. –AlHijrah Online