R. Saktygaanapathy, 28, didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat di Klang pada 11.47 pagi, 29 Mac lepas.
KLANG: Seorang juruteknik yang dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penunggang motosikal, pada Ahad lepas.
R. Saktygaanapathy, 28, didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat di sini pada 11.47 pagi, 29 Mac lepas.
Pertuduhan terhadap lelaki terbabit dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak lebih 40 tahun dan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Khartiyayini kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Bagi pertuduhan lain di mahkamah sama, Saktygaanathy mengaku bersalah memberikan diri sendiri dadah dipercayai jenis Benzo dan THC ke dalam badannya di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 3.30 petang, 29 Mac lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan juga boleh dihukum perintah pengawasan tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin tidak menawarkan ikat jamin bagi kes tersebut kerana tertuduh turut berdepan dengan kes bunuh.
Saktygaanathy tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 3 Jun depan bagi sebutan semula kesemua kes serta penyediaan laporan patologi.
Terdahulu, tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna putih dan berseluar pendek kelabu tiba di pekarangan Mahkamah Klang pada 8.50 pagi dengan kawalan ketat anggota polis.
Isteri Allahyarham Amirul Hafiz iaitu Nor Nadia Abdul Majid, 32, turut dilihat hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding pendakwaan hari ini.
Ahad lepas, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey memaklumkan seorang penunggang motosikal maut dilanggar pemandu kereta yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat.
Beliau berkata insiden kira-kira 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa, Amirul Hafiz tercampak ke atas bumbung kereta lain dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya siasatan awal mendapati kereta Honda City dipandu suspek menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya serta dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.
Akibat pelanggaran yang tular di media sosial itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager