KES TIKAM: KHALIDA REDA KEHILANGAN SUAMI, ANAK PEREMPUAN SERENTAK
Isteri dan ibu kepada dua beranak yang maut ditikam di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam di sini, semalam, reda dengan pemergian dua orang tersayang.
Isteri dan ibu kepada dua beranak yang maut dalam kejadian tikaman tragis semalam, yang mahu dikenali sebagai Khalida, 60-an, reda dengan pemergian dua insan tersayangnya serentak.
Dalam insiden semalam, seorang bapa berusia 62 tahun dan anak perempuannya yang berusia 30 tahun maut dipercayai akibat ditikam oleh seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam.
Sumber Gambar: BERNAMA
GEORGE TOWN: Isteri dan ibu kepada dua beranak yang maut ditikam di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam, Pulau Pinang, semalam, reda dengan pemergian dua orang tersayang.
Hanya mahu dikenali sebagai Khalida, wanita berusia 60-an itu berkata mereka sekeluarga menerima takdir yang menimpa suami dan anak perempuannya itu walaupun sangat sedih serta terkejut dengan kejadian tersebut.
“Saya reda dua nyawa hilang serentak, kita tidak tahu kematian kita macam mana, kita dah tahu kematian mereka macam mana,” katanya yang enggan mengulas lanjut ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.
Sementara itu, kakak kepada mangsa lelaki, Khadijah Ibrahim, 64, berkata adiknya Zulkifli menghubunginya pada 12.47 tengah hari semalam iaitu beberapa minit sebelum kejadian.
Menurutnya mereka tidak sempat berbual panjang apabila adiknya memaklumkan perlu memutuskan panggilan kerana mendapat panggilan masuk lain daripada ahli keluarga.
“Waktu dia telefon itu arwah kata dia tengah makan di sebuah kedai di Gelugor, saya macam hairan sebab selama ini dia tidak pernah telefon kalau tengah makan cuma tak sempat cakap panjang, dia kata tak apalah kak, anak dia ‘call’ masuk dan ada hal sikit dia kata. Saya pun mematikan panggilan, tak fikir apa-apa.
“Selepas beberapa minit saya terima panggilan daripada emak yang maklumkan adik telah meninggal dunia. Saya betul-betul tak percaya sebab baru sangat bercakap dengan dia,” katanya.
Beliau berkata Zulkifli yang merupakan bekas tentera kini bekerja sebagai pemandu peribadi dan merupakan anak ketiga daripada 10 beradik.
“Dia adik yang baik, tak pernah tinggi suara dan disenangi keluarga dan kami semua 10 beradik memang rapat. Walaupun sedih, saya dan adik-beradik yang lain reda dengan pemergian arwah kerana orang baik, Allah sayang,” katanya yang merupakan anak kedua.
Semalam, seorang lelaki berusia 62 tahun dan anak perempuannya, 30, maut dipercayai ditikam seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam di sini.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai seorang individu dilihat membawa pisau dalam keadaan mencurigakan di pangsapuri itu.
Polis kemudian terus ke lokasi kejadian dan sebaik tiba di hadapan lobi lif pangsapuri berkenaan, tiga individu ditemukan terbaring dalam keadaan berdarah termasuk dua daripada mereka disahkan meninggal dunia manakala seorang lelaki berusia 32 tahun cedera. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests