Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KESEJAHTERAAN HIDUP GOLONGAN RENTAN TERUS DIBERI PERHATIAN- PM ANWAR

DALAM NEGARA

KESEJAHTERAAN HIDUP GOLONGAN RENTAN TERUS DIBERI PERHATIAN- PM ANWAR

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kebajikan golongan rentan di negara ini terus diberi perhatian selari dengan konsep ekonomi MADANI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Simposium Kebangsaaan: Menokhtahkan Kemiskinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. — Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kebajikan golongan rentan di negara ini terus diberi perhatian selari dengan konsep ekonomi MADANI.

Mengambil contoh sektor pendidikan, beliau berkata terdapat anak-anak golongan kaya yang menikmati kemudahan pendidikan yang dibiayai kerajaan, berbanding golongan miskin.

“Sekadar yang saya faham, majoriti beri manfaat kepada golongan elit seperti orang kanan penjawat awam, pimpinan politik, pengusaha terkenal yang (anak-anak mereka) dihantar ke sekolah-sekolah terbaik, dibiaya kerajaan dengan kadar tinggi dan ini tidak munasabah, tidak adil.

“Sepatutnya anak orang kaya itu (yang) dihantar ke Fakulti Kejuruteraan, (sama ada) Melayu, Cina atau Iban – dia bayarlah. Dengan cara itu kita boleh menampung kekurangan, kalau tidak.. subsidi ini berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simposium Kebangsaaan: Menokhtahkan Kemiskinan di Putrajaya hari ini, yang turut dihadiri Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata segala bentuk ketirisan termasuk subsidi pendidikan kepada anak-anak golongan kaya, harus dihentikan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading