KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerima aduan daripada pengguna aplikasi TikTok, berhubung kandungan yang dihasilkan membabitkan isu konflik Israel-Palestin, disekat dari platform berkenaan.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ditemui media selepas menghadiri Perhimpunan Solidariti Freedom For Palestine di Dataran Merdeka hari ini anjuran MyCARE dan Viva Palestina Malaysia. – Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerima aduan daripada pengguna aplikasi TikTok, berhubung kandungan yang dihasilkan membabitkan isu konflik Israel-Palestin, disekat dari platform berkenaan.
Menterinya Fahmi Fadzil berkata isu itu berbangkit, apabila pengguna mendapati kandungan yang dihasilkan mereka yang mempunyai perkataan seperti HAMAS termasuk beberapa perkataan lain, diturunkan secara automatik oleh pihak terbabit.
“Ada pengguna yang menyatakan content (kandungan) yang dimuat naik pada pukul 1.20 dan pada 1.21 content itu telah diturunkan, susulan kononnya terdapat pelanggaran pada garis panduan komuniti.
“Saya sudah berhubung dengan TikTok untuk mendapatkan penjelasan, tetapi penjelasannya tidak memuaskan. Jadi saya mungkin akan minta garis panduan daripada Wisma Putra tentang beberapa perkara dan kita akan panggil (TikTok),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Solidariti Freedom For Palestine di Dataran Merdeka, hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga akan mengadakan satu sesi taklimat bersama pengarang-pengarang media, bagi membincangkan perkara berkaitan dalam minggu ini.
Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan beliau sendiri juga ada menerima mesej kononnya daripada pihak Meta (Facebook), berhubung sekatan pada kandungan berkaitan solidariti namun, mesej yang diterima itu didapati tidak benar.
“Apabila saya rujuk pihak Meta yang menjaga rantau Asia Tenggara, mereka menyatakan itu adalah mesej yang tidak benar dan bukannya daripada pihak Meta. Pada waktu ini tiada sekatan terutamanya di Facebook,” katanya.
Mengenai perhimpunan solidariti hari ini, Fahmi berkata kehadirannya ialah sebagai tanda sokongan bersolidariti dengan rakyat Palestin, yang pada ketika ini ditindas oleh rejim zionis.
Perhimpunan solidariti anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE yang dihadiri lebih 3,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama bertujuan bagi meningkatkan kesedaran terhadap krisis kemanusiaan yang dihadapi rakyat Palestin ketika ini.
Turut hadir Pengerusi VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin, Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia Stanley Yong dan Penasihat MyCARE Dr Hafidzi Md Noor. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests