Suasana di Dataran Merdeka hari ini pada Perhimpunan Solidariti Freedom For Palestine anjuran MyCARE dan Viva Palestina Malaysia. fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Dataran Merdeka di sini menjadi saksi solidariti rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama yang berhimpun bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ yang dianjurkan Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE itu turut disertai rakyat dari negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir, Sepanyol, Libya dan Pakistan, yang memenuhi padang seawal 10 pagi.
Ribuan peserta yang hadir, antaranya memakai mafela dengan motif Palestin, membawa plakad dan mengibarkan bendera negara berkenaan, melaungkan ‘Palestin’ dan ‘Israel shame of you’ bagi mengecam tindakan kejam rejim zionis.
Turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, Pengerusi VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin, Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia Stanley Yong dan Penasihat MyCARE Dr Hafidzi Md Noor.
Nurul Izzah dalam sidang media berkata perhimpunan solidariti yang diadakan hari ini penting dalam usaha membawa suara rakyat Malaysia mengenai hak-hak kemanusiaan rakyat Palestin di mata dunia.
“Kita mesti menolak Israel, kita mesti menamatkan dana Israel kerana mereka tidak akan dapat lakukan perkara ini tanpa sokongan dari Amerika Syarikat, dan kita mesti mempertahankan Palestin,” katanya.
Sementara itu, kakitangan swasta Cynthia Ng, 34, berkata usaha membuka sempadan Gaza bagi membawa masuk bantuan kemanusiaan perlu dipercepatkan berikutan keadaan rakyat Palestin kini dilihat ‘semakin tenat’.
“Tiada guna apabila setiap negara telah memberikan bantuan keperluan kepada rakyat Palestin tetapi pihak berkuasa melarang kita daripada menghantarnya (berikutan sekatan sempadan). Keadaan ini amat melampau.
“Saya juga amat berbangga melihat seluruh rakyat Malaysia bersatu walaupun berbeza agama dan bangsa. Ini cara kita tunjuk bagaimana kita bersatu bagi tujuan yang sama, iaitu membebaskan rakyat Palestin daripada krisis tidak berperikemanusiaan ini,” katanya kepada Bernama.
Warga Sepanyol, Izaro Iriate, 27, yang berkhidmat di ibu negara lebih lima tahun sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta berkata penyertaannya dalam perhimpunan itu bagi menyatakan sokongan penuh terhadap Palestin.
“Barat telah menyatakan bahawa Israel berhak mempertahankan diri, tetapi saya fikir rakyat yang perlu mempertahankan tanah air mereka adalah Palestin dan mereka telah melakukannya selama 75 tahun sejak tanah mereka dirampas dan hidup menderita,” katanya.
Rakyat Libya, Moayed Nabil Althabet, 25, pula kagum melihat sokongan jitu rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin.
“Sungguh mengagumkan tinggal di negara yang menegakkan kebenaran dan boleh bebas dan bercakap apa saja yang mahu dikatakan, asas kepada kebebasan bersuara, saya gembira rakyat Palestin mendapat banyak suara terutama dalam kes serangan ketika ini,” katanya yang berkhidmat sebagai pemasar digital.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi Bernama berkata perhimpunan itu berlangsung dengan aman dan pihaknya turut menerima makluman mengenainya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests