Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KPDN PERAK SITA 140 KG MINYAK MASAK BERSUBSIDI DISOROK DALAM STOR

DALAM NEGARA

KPDN PERAK SITA 140 KG MINYAK MASAK BERSUBSIDI DISOROK DALAM STOR

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 140 kilogram (kg) masak peket 1 kg selepas menyerbu sebuah premis di Batu Kurau, Taiping, apabila peniaga di premis berkenaan didapati menjual minyak tersebut hanya kepada orang yang tertentu sahaja.

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 140 kilogram (kg) masak peket 1 kg selepas menyerbu sebuah premis di Batu Kurau, Taiping, apabila peniaga di premis berkenaan didapati menjual minyak tersebut hanya kepada orang yang tertentu sahaja.

Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata premis berkenaan diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Taiping kira-kira pukul 11.50 pagi semalam, susulan maklumat dan aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan tindakan peniaga berkenaan.

“Berdasarkan maklumat tersebut, satu tindakan uji beli melalui Ops Samar telah dilaksanakan dan hasilnya mendapati pekerja premis memaklumkan bahawa minyak masak peket telah habis dijual,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya yang curiga dengan jawapan pekerja tersebut telah menyerbu dan membuat pemeriksaan di premis berkenaan, yang membawa kepada penemuan 140 kg minyak masak peket 1 kg disimpan di stor simpanan barang.

Kamalludin berkata semua minyak masak yang dianggarkan bernilai RM350 itu disita dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading