Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KPM NAFI DAKWAAN KEBOCORAN KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH SPM 2024

DALAM NEGARA

KPM NAFI DAKWAAN KEBOCORAN KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH SPM 2024

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bagi subjek Sejarah adalah tidak berasas.

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.

“Tangkap layar yang tular hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.

“Tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan.

“Justeru, dakwaan ini tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan, KPM,” menurut kenyataan itu.

KPM menegaskan bahawa pihaknya mengambil serius dakwaaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah itu dan sentiasa komited memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam terpelihara, serta menjaga kepentingan dan keadilan semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024.

KPM menasihati semua calon peperiksaan untuk kekal tenang dan fokus dalam menghadapi peperiksaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading