KPDNHEP AKAN HANTAR AYAM KE KAWASAN KURANG BEKALAN
Langkah itu diharap dapat meredakan keresahan pengguna berikutan kekurangan bekalan ayam di beberapa negeri akibat penutupan ladang ternakan oleh beberapa syarikat.
KUALA BERANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menghantar stok lebihan bekalan ayam yang ada di pasaran untuk negeri yang berdepan kekurangan bekalan sebagai alternatif penyelesaian jangka masa pendek.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata langkah itu diharap dapat meredakan keresahan pengguna berikutan kekurangan bekalan ayam di beberapa negeri akibat penutupan ladang ternakan oleh beberapa syarikat.
“Alternatif ini akan digerakkan mengikut kapasiti kemampuan KPDNHEP untuk mengenal pasti mana kawasan yang terjejas teruk. Contohnya, (jika) kekurangan berlaku di Perlis, kita akan tampung dengan lebihan ayam yang ada di Pulau Pinang.
“Sebenarnya, berdasarkan laporan yang kita terima daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, jumlah pengeluaran ayam adalah sekitar 66 juta ekor sebulan, berbanding kadar penggunaan sekitar 60 juta untuk permintaan biasa, dan untuk musim perayaan jumlah permintaan meningkat sedikit,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia.
Mengenai penutupan beberapa ladang ayam selepas dipercayai berdepan masalah tumbesaran dan penyakit, Rosol berkata pegawai penguat kuasa kementerian sudah memantau dan menjalankan siasatan terperinci di ladang terbabit.
“Kita tidak semata-mata menerima surat daripada syarikat penternakan terbabit, sebaliknya turun padang untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai masalah yang diutarakan.
“Pegawai pergi dan lihat sendiri malah laporan bergambar juga ada dan terbukti memang ayam berpenyakit…beratnya pula hanya sekitar satu hingga 1.2 kilogram dan tidak sesuai dibekalkan untuk pasaran tempatan,” katanya.
Beliau berkata tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 sekiranya ada berlaku manipulasi bekalan untuk mengganggu kestabilan bekalan di pasaran. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked