MALAYSIA BERJAYA TARIK PELABURAN BAHARU BERNILAI RM16.52 BILION DARI AS – AZMIN
“Pelaburan mereka juga akan menjana peluang pekerjaan, peluang latihan kemahiran kepada pekerja tempatan, mewujudkan kerjasama dengan universiti tempatan serta pembangunan vendor tempatan,”
KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya menarik pelaburan baharu bernilai RM16.52 bilion dari Amerika Syarikat (AS) melalui Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) yang diketuai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini.
Mohamed Azmin berharap bahawa kesemua komitmen projek pelaburan baharu yang terlibat dapat dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini.
“Kita berharap pada suku ketiga tahun ini, kesemua komitmen ini akan dapat dimuktamadkan dan ia dapat mencipta peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan,” kata beliau dalam sidang media mengenai Hasil Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Amerika Syarikat di sini hari ini.
Antara projek pelaburan baharu adalah daripada syarikat Insulet, Ferrotec, Amazon Web Services Inc (AWS) dan Cue Health serta projek pengembangan pelaburan oleh Texas Instruments dan Boston Scientific.
Misi perdagangan dan pelaburan selama 10 hari bermula 9-18 Mei itu memberi tumpuan kepada sektor baharu yang berinovatif dan bernilai tambah tinggi khususnya industri semikonduktor, ekonomi digital dan sektor peranti perubatan selari dengan Aspirasi Pelaburan Nasional yang memfokuskan pelaburan berkualiti tinggi dan melibatkan teknologi terkini.
Mohamed Azmin menambah syarikat yang terlibat turut menyatakan komitmen mereka dalam memastikan pemindahan teknologi serta mewujudkan ekosistem dan penglibatan industri tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam rantaian bekalan syarikat-syarikat berkenaan.
“Pelaburan mereka juga akan menjana peluang pekerjaan, peluang latihan kemahiran kepada pekerja tempatan, mewujudkan kerjasama dengan universiti tempatan serta pembangunan vendor tempatan,” katanya.
Pada masa ini, AS merupakan rakan dagang global dan destinasi eksport yang ketiga terbesar bagi Malaysia dan merupakan sumber import yang keempat terbesar pada tahun 2021 sementara Malaysia pula adalah rakan dagang ke-17 terbesar Amerika Syarikat.
“Jumlah potensi eksport keseluruhan ke AS adalah sebanyak RM1.44 bilion,” kata Mohamed Azmin.
Katanya walaupun ekonomi global berhadapan dengan cabaran dan situasi ekonomi yang tidak menentu berikutan penularan pandemik COVID-19, jumlah perdagangan keseluruhan antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 21.4 peratus kepada RM217.10 bilion (US$52.37 bilion) pada tahun 2021.
Eksport Malaysia ke AS meningkat 30.4 peratus kepada RM142.20 bilion (US$34.31 bilion) dengan eksport utama terdiri daripada produk elektrik dan elektronik (E&E) serta produk berasaskan getah.
Import dari AS pula meningkat 7.4 peratus dengan nilai RM74.87 bilion (US$18.06 bilion) yang melibatkan produk E&E dan keluli. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager