BAKAL JEMAAH HAJI GAGAL SARINGAN KESIHATAN PERLU AKUR – IDRIS
“Kita (TH) tidak tetapkan syarat itu, kita kena raikan pandangan (syarat) mereka (Arab Saudi) dari sudut kesihatan… Nak elakkan masalah kesihatan seperti COVID-19 dan cuaca di sana juga nanti agak panas.
Datuk Idris Ahmad di Majlis Perasmian Program Rehlah Till Jannah –Sumber: BERNAMA
MARANG: Bakal jemaah haji yang tidak melepasi saringan kesihatan yang ditetapkan perlu akur dan patuh dengan keputusan tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata syarat berkenaan telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan tidak tertakluk kepada Lembaga Tabung Haji (TH).
“Kita (TH) tidak tetapkan syarat itu, kita kena raikan pandangan (syarat) mereka (Arab Saudi) dari sudut kesihatan… Nak elakkan masalah kesihatan seperti COVID-19 dan cuaca di sana juga nanti agak panas.
“Jemaah perlu patuh, bertanyalah pada ahli, tanyalah pada orang yang tahu kalau kamu tidak tahu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rehlah Till Jannah Siri 1/2022 di Perkampungan Darul Barakah di sini, hari ini.
Menurutnya pada masa ini TH telah mengeluarkan surat tawaran bagi panggilan kedua kumpulan jemaah haji Malaysia musim 2022.
Idris berkata untuk panggilan pertama, lebih 1,000 jemaah terpaksa menolak tawaran disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya masalah kesihatan.
Pada tahun ini jemaah haji yang dibenarkan adalah berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik, mempunyai sijil vaksinasi COVID-19 dan perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam daripada masa berlepas.
Sementara itu mengenai loji penyembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia, yang didakwa tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia, katanya pihaknya masih menunggu maklumat rasmi berkaitan isu itu.
“Sebaik sahaja kita dapat maklumat (awal), kita memang sudah hentikan (gantung serta merta kelulusan TFI) sampai siasatan selesai… Tapi kita nak dapatkan maklumat dalam bentuk fakta dan data, tak mahu dalam bentuk khabar angin,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.