Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KRISIS MINYAK: DUNIA MULA ‘BERJIMAT’

DUNIA

KRISIS MINYAK: DUNIA MULA ‘BERJIMAT’

Kesan peperangan antara Amerika Syarikat-Israel dan Iran kini mula merebak ke seluruh pelosok dunia. Dari langkah penjimatan drastik di Pakistan hingga kepada sekatan eksport tenaga di Eropah, krisis ini sedang mengheret ekonomi global ke fasa paling berbahaya dalam sejarah moden.

Foto: AFP

DOHA: Kesan peperangan antara Amerika Syarikat-Israel dan Iran kini mula merebak ke seluruh pelosok dunia. Dari langkah penjimatan drastik di Pakistan hingga kepada sekatan eksport tenaga di Eropah, krisis ini sedang mengheret ekonomi global ke fasa paling berbahaya dalam sejarah moden.

Pakistan isytihar Pelan Penjimatan

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mengisytiharkan pelan penjimatan ekoran krisis minyak yang semakin meruncing. Antara langkah yang diambil termasuklah waktu kerja yang dipendekkan kepada 4 hari seminggu, penutupan sekolah dan kolej selama dua minggu di samping pembelajaran Institut Pengajian Tinggi beralih kepada dalam talian.

Pakistan turut menghadkan bekalan petrol untuk kenderaan rasmi dengan pemotongan  50% malah semua ahli  parlimen dikenakan potongan gaji sebanyak 25%.

Amaran Aramco: Kesan ‘Malapetaka’ Jika Hormuz Kekal Tertutup

Ketua Eksekutif Saudi Aramco, Amin Nasser, memberi amaran bahawa dunia sedang berdepan krisis minyak dan gas paling buruk setakat ini. Penutupan Selat Hormuz oleh IRGC Iran yang membawa satu perlima bekalan dunia bakal membawa kesan “malapetaka” yang tidak mampu ditanggung oleh pasaran antarabangsa.

Eropah Mula Panik

Kerajaan Hungary pimpinan Viktor Orban telah mengharamkan eksport minyak mentah dan diesel bagi melindungi bekalan domestik. Budapest juga terpaksa melepaskan 45 hari simpanan bahan api negara untuk menstabilkan harga.

Sementara itu Kementerian Petroleum Mesir menaikkan harga minyak domestik sehingga 30% serta-merta.

Asia Tenggara terima tempias

Gelombang krisis tenaga akibat perang di Timur Tengah turut ‘menghentam’ Asia Tenggara. Thailand dan Vietnam menjadi negara terawal yang mengarahkan langkah penjimatan drastik, termasuk mengembalikan budaya Bekerja Dari Rumah (WFH).

Pegawai kerajaan juga digesa mengelakkan sebarang perjalanan rasmi ke luar negara bagi menjimatkan dana dan tenaga.

Di Vietnam, negara itu telah menghapuskan duti import ke atas pelbagai produk petroleum bagi mengelakkan krisis bekalan minyak di stesen-stesen minyak seluruh negara.

Orang awam juga disaran mengehadkan penggunaan kenderaan peribadi dan beralih kepada pengangkutan awam, berbasikal, atau berkongsi kenderaan (carpooling).

Di sebalik ketegangan, bursa saham di rantau Asia Pasifik menunjukkan tanda-tanda pemulihan pagi ini selepas harga minyak mentah menjunam semula ke bawah $90 setong daripada paras tertinggi $120.

Sentimen pasaran berubah positif secara mendadak selepas Presiden Donald Trump membayangkan peperangan tersebut mungkin berakhir tidak lama lagi. – Alhijrah Online

 


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading