Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

10 MALAM TERAKHIR: SOLAT HAJAT MOHON KEAMANAN ASIA BARAT JUMAAT INI – MENTERI AGAMA

DALAM NEGARA

10 MALAM TERAKHIR: SOLAT HAJAT MOHON KEAMANAN ASIA BARAT JUMAAT INI – MENTERI AGAMA

Solat hajat itu dilaksanakan bagi memohon keamanan dan kesejahteraan di rantau Asia Barat.

Gambar ARKIB

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan menyeru seluruh umat Islam untuk melaksanakan solat hajat pada Jumaat ini.

Menerusi kenyataan ringkas di media sosialnya, solat hajat itu dilaksanakan bagi memohon keamanan dan kesejahteraan di rantau Asia Barat.

Zulkifli turut menekankan kepentingan memanfaatkan keberkatan 10 malam terakhir Ramadan untuk menggandakan doa demi keselamatan dunia sejagat.

“10 malam terakhir Ramadan – Satukan doa untuk keamanan dunia. Jumaat ini, saya menyeru semua umat Islam menunaikan solat hajat untuk kedamaian Asia Barat,” kata beliau dalam hantaran tersebut.

Dunia kini tertumpu dengan konflik di Asia Barat selepas Israel dengan bantuan Amerika Syarikat bertindak menyerang Iran.

Iran turut melakukan serangan balas dengan melancarkan serangan ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di beberapa negara Arab termasuk Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Syria dan seangkatannya lagi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading