Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KWSP ISYTIHAR DIVIDEN 6.15 PERATUS UNTUK KONVENSIONAL DAN SYARIAH BAGI 2025

DALAM NEGARA

KWSP ISYTIHAR DIVIDEN 6.15 PERATUS UNTUK KONVENSIONAL DAN SYARIAH BAGI 2025

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus bagi 2025 (2024: 6.3 peratus) untuk akaun simpanan konvensional dan shariah, dengan jumlah pembayaran RM79.6 bilion.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus bagi 2025 (2024: 6.3 peratus) untuk akaun simpanan konvensional dan shariah, dengan jumlah pembayaran RM79.6 bilion.

Bagi tahun berakhir 31 Dis 2025, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM82.7 bilion, meningkat 9.5 peratus daripada RM75.5 bilion pada 2024. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata aset pelaburan meningkat kepada RM1.41 trilion, naik 12.8 peratus daripada RM1.25 trilion didorong oleh pendapatan portfolio dan jumlah caruman bersih sebanyak RM66.5 bilion.

“Ekuiti kekal sebagai penyumbang utama pada 2025 dengan menjana RM50.7 bilion atau 64 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan.

“Jumlah ini mengatasi RM49.9 bilion yang dicatatkan pada 2024 manakala pulangan pelaburan (ROI) sederhana kepada 7.9 peratus berikutan ketidaktentuan pasaran global dan keadaan pasaran domestik yang lebih perlahan. Pelaburan Ekuiti Persendirian, yang merangkumi kira-kira 8 peratus daripada pelaburan ekuiti mencatatkan ROI sebanyak 10.5 peratus,” katanya semasa mengumumkan kadar dividen KWSP 2025 hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading