Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KWSP SEDANG PERINCI KAEDAH TERBAIK CARUMAN SEBAGAI SOKONGAN PINJAMAN

DALAM NEGARA

KWSP SEDANG PERINCI KAEDAH TERBAIK CARUMAN SEBAGAI SOKONGAN PINJAMAN

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik bagi melaksanakan penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahli KWSP sebagai sokongan membuat pinjaman peribadi daripada bank.

Gambar ARKIB. Sumber BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik bagi melaksanakan penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahli KWSP sebagai sokongan membuat pinjaman peribadi daripada bank.

KWSP dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua faktor yang relevan akan dipertimbang bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.

“Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kemudahan ini akan diumumkan oleh KWSP pada masa yang akan datang,” jelas KWSP.

Semalam, kerajaan bercadang memperkenal kaedah yang membenarkan pencarum KWSP membuat pinjaman bank dengan menggunakan wang caruman sebagai kolateral atau cagaran kepada bank.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bagaimanapun kaedah itu hanyalah bagi mereka yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang.

Ujarnya, ia merupakan langkah terbaik yang boleh dilakukan sekarang memandangkan ketika ini banyak negara yang memberikan kelonggaran seperti pengeluaran dana persaraan telah menghentikan atau membatalkan kemudahan itu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading