Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KWSP UMUM DIVIDEN LEBIH TINGGI, 6.30 PERATUS UNTUK SIMPANAN SHARIAH DAN KONVENSIONAL

DALAM NEGARA

KWSP UMUM DIVIDEN LEBIH TINGGI, 6.30 PERATUS UNTUK SIMPANAN SHARIAH DAN KONVENSIONAL

KUALA LUMPUR:  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus peratus untuk kedua-dua Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional.

Gambar fail Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). – Bernama

KUALA LUMPUR:  Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zulqarnain Onn berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan bagi 2024 adalah RM73.24 bilion.

Beliau berkata bagi tahun berakhir 31 Dis 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus daripada RM66.99 bilion yang direkodkan 2023.

“Jumlah ini adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun tersebut,” katanya pada KWSP 2024: Taklimat Dividen di sini, pada Sabtu. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading