IPOH: Sejumlah 8,715 kelas Kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA) sedang beroperasi di 659 Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) dan SRAR Sepenuh Masa di Perak, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
IPOH: Sejumlah 8,715 kelas Kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA) sedang beroperasi di 659 Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) dan SRAR Sepenuh Masa di Perak, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Saarani berkata sekolah berkenaan ditadbir urus oleh jemaah pengurusan sekolah yang terdiri dalam kalangan masyarakat setempat, selain bertanggungjawab menyediakan prasarana serta kemudahan bagi memastikan keselesaan murid KAFA.
Beliau berkata kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan kepada sistem pendidikan yang disediakan kelas KAFA, iaitu bantuan perkapita dengan kadar RM50 setahun dan bantuan perkapita daripada Majlis Agama Islam Dan Ádat Melayu Perak (MAIPk) sebanyak RM24, kepada 89,226 murid.
“Selain itu, tambahan elaun kepada 3,210 guru KAFA sebanyak RM200 sebulan dan menyediakan peruntukan RM5 juta, bagi tujuan baik pulih serta bina baharu institusi pendidikan Islam yang merangkumi Tadika Islam Perak, Sekolah Agama Rakyat dan tahfiz,” katanya pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Najihatussalehah Ahmad (PN-Bota), yang ingin tahu jumlah kelas KAFA di Perak, selain mengapa guru KAFA seluruh Perak tidak tersenarai dalam penerima insentif yang diumumkan oleh Menteri Besar dalam belanjawan 2024.
Sementara itu, Saarani berkata kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak, telah mewujudkan kelas KAFA Tulen yang beroperasi di sekolah kebangsaan terpilih, terutama di kawasan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan di kawasan yang jaraknya jauh daripada kelas KAFA.
Beliau berkata setakat ini terdapat enam Sekolah Kebangsaan yang telah melaksanakan kelas KAFA Tulen, dengan jumlah murid keseluruhannya seramai 286 orang dan 10 orang guru.
Enam sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Selama, Selama; SK Sungai Ramai, Ayer Tawar; SK Dato’ Sagor, Kampung Gajah; Pusat Kebajikan Taman Seri Puteri, Batu Gajah; Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Slim, Slim River dan SK Kumpulan Ganda, Teluk Intan.
“Kelas KAFA Tulen melaksanakan kurikulum KAFA JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), sama seperti kurikulum yang diguna pakai di SRAR Intergrasi KAFA yang lain.
“Kelas KAFA Tulen ini juga, akan ditambah daripada semasa ke semasa berdasarkan keperluan pendidikan agama di sesuatu kawasan, untuk kerajaan negeri memastikan tiada murid yang tercicir dalam mengikuti kelas KAFA di seluruh negeri Perak,” katanya.
Selain itu, Saarani berkata guru KAFA negeri Perak dan guru KAFA di seluruh Malaysia akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 daripada Kerajaan Persekutuan, seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri pada 13 Okt 2023 lalu.
“Bantuan ini akan mula dibayar setelah kerajaan negeri menerima peruntukan yang akan disalurkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked