Seorang lelaki warga tempatan ditahan polis semalam beberapa jam selepas insiden 13 motosikal dan empat skuter elektrik terbakar di ruangan parkir pusat beli-belah Suria KLCC, di sini.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan ditahan polis semalam beberapa jam selepas insiden 13 motosikal dan empat skuter elektrik terbakar di ruangan parkir pusat beli-belah Suria KLCC, di sini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata suspek berusia 34 tahun itu direman sehingga 19 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata sejurus menerima laporan berkaitan kejadian itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan.
“Dalam tempoh beberapa jam, polis berjaya menahan suspek bagi membantu siasatan serta merampas sebuah motosikal jenis Honda RS, serangkai kunci motosikal, sebuah topi keledar, sepasang sarung tangan dan satu pemetik api.”
“Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan dan setakat ini sebanyak 10 laporan polis telah diterima daripada pihak yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, sembilan motosikal dan empat skuter elektrik terbakar sepenuhnya manakala empat motosikal yang lain, terbakar antara tiga hingga 20 peratus, dalam kejadian pada 3.45 petang itu.
Dalam perkembangan berasingan, Noor Dellhan berkata 11 individu termasuk warga asing telah ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan tawaran kerja dalam talian.
Beliau berkata suspek yang terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang wanita warga asing berusia lingkungan 18 hingga 46 tahun itu ditahan hasil serbuan di sebuah premis di Jalan Ampang, di sini.
“Hasil siasatan, sindiket ini telah beroperasi selama hampir sebulan dan kesemua tangkapan berperanan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan yang menawarkan pekerjaan dalam talian kepada warganegara asing di luar negara.”
“Turut dirampas 10 unit komputer, tujuh unit pemprosesan pusat (CPU) komputer, sebuah modem dan tiga unit router,” katanya.
Beliau berkata kesemua suspek kini direman sehingga 17 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked