JANGAN JADIKAN TARIKH AIDILFITRI BAHAN GURAUAN DI MEDIA SOSIAL – NA’IM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pengisytiharan bermulanya 1 Syawal dan perayaan Aidilfitri terletak pada bidang kuasa pihak berkaitan dan pengguna media sosial perlu mengambil serius mengenai perkara itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika sidang media pada Program Santuni Gelandangan Chow Kit di Pusat Pembelajaran dan Komuniti Chow Kit hari ini. — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak menjadikan tarikh sambutan Aidilfitri sebagai bahan gurauan di media sosial.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pengisytiharan bermulanya 1 Syawal dan perayaan Aidilfitri terletak pada bidang kuasa pihak berkaitan dan pengguna media sosial perlu mengambil serius mengenai perkara itu.
“Oleh kerana kuasa mengisytiharkan tarikh itu terletak pada penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, maka saya nasihatkan kepada rakan-rakan di luar sana khususnya di media sosial untuk mengambil serius mengenai perkara ini. Serahkan kepada pemerintah untuk menentukan.
“Jadi saya harapkan sangat isu berkaitan ‘raya terkejut’ dan bila bermulanya raya ini kita serahkan kepada pihak tertentu dan kita hentikan perkara ini. Insya-Allah kita berikan tumpuan pada perkara lain,” katanya selepas merasmikan program Santuni Gelandangan di di Pusat Pembelajaran Komuniti (PPK), Chow Kit di sini hari ini.
Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu turut dihadiri Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail dan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Kesejahteraan Bandar DBKL Ismadi Sakirin.
Mengulas mengenai program itu, Mohd Na’im berkata sejumlah 600 pek juadah berbuka puasa diagihkan kepada komuniti gelandangan selain sumbangan bakul makanan turut disampaikan kepada 40 keluarga yang berada di bawah pemantauan PPK.
Menurutnya, sepanjang bulan Ramadan ini, pek juadah berbuka puasa itu turut diagihkan setiap hari di PPK berkenaan melibatkan peruntukan berjumlah RM129,600.
Program anjuran JAWI itu dilaksanakan melalui kolaborasi strategik antara JFB, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Iftar Rahmah Ramadan, VFive Group Sdn Bhd, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.