Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT DITETAK DALAM PERGADUHAN DI KLANG 

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT DITETAK DALAM PERGADUHAN DI KLANG 

Seorang lelaki warga tempatan maut ditetak dalam pergaduhan di kawasan Taman Sentosa, Klang malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 11.10 malam.

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga tempatan maut ditetak dalam pergaduhan di kawasan Taman Sentosa, Klang, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 11.10 malam.

“Kejadian melibatkan seorang mangsa warga tempatan berusia 34 tahun ditetak sehingga menyebabkan kematian.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohamed Shahrir Zabidi menerusi talian 012-6650 895 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan 03-3376 2222 bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading