Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI POSITIF DADAH HINA ISLAM, NABI DITAHAN

DALAM NEGARA

LELAKI POSITIF DADAH HINA ISLAM, NABI DITAHAN

Polis menahan seorang lelaki didakwa mempersenda dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW melalui satu hantaran video di media sosial, hari ini.

KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki didakwa mempersenda dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW melalui satu hantaran video di media sosial, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 9.15 pagi tadi berhubung seorang individu menghina agama Islam melalui satu klip video menerusi akaun Facebook ‘Saidinar Dina (Bos Dina)’.

Katanya, suspek berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang ketika melakukan serbuan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang pada jam 11.30 pagi tadi.

“Hasil siasatan mendapati suspek mengaku telah memuat naik video tersebut dengan menyebut perkataan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di lokasi dia ditangkap.

“Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis methaphetamine,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505 (B) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995.

Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok.

Terdahulu tular video berdurasi empat minit 14 saat memaparkan seorang lelaki menghina Islam dan dan Nabi Muhammad SAW.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: LELAKI DISYAKI HINA ISLAM, NABI DI FACEBOOK DIREMAN – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading