Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SAHKAN ‘IKON PERMOTORAN’ DISAMAN TIADA LESEN MEMANDU

DALAM NEGARA

POLIS SAHKAN ‘IKON PERMOTORAN’ DISAMAN TIADA LESEN MEMANDU

Polis mengesahkan seorang ‘influencer’ disaman selepas didapati tidak mempunyai lesen memandu dalam satu pemeriksaan di Jalan Raja Laut, di ibu negara semalam.

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan seorang ‘influencer’ disaman selepas didapati tidak mempunyai lesen memandu dalam satu pemeriksaan di Jalan Raja Laut, di ibu negara semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur CP Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kejadian berlaku kira-kira 11 malam tadi melibatkan lelaki berusia 20-an ditahan semasa sedang memandu kenderaan jenis Audi.

“Polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan atas dua kesalahan iaitu memandu kenderaan tanpa lesen memandu dan tidak mempamerkan nombor pendaftaran di bahagian depan kenderaan,” dalam satu kenyataannya, hari ini.

Sementara itu, dalam operasi yang sama, sebanyak 146 jumlah saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan sementara tiga buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading