Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI TULAR BALING KON DI TOL LDP DIDENDA RM100 KERANA BERKELAKUAN TIDAK SOPAN

DALAM NEGARA

LELAKI TULAR BALING KON DI TOL LDP DIDENDA RM100 KERANA BERKELAKUAN TIDAK SOPAN

Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM100 ke atas lelaki yang tular kerana membaling kon ke arah kenderaan lain di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sabtu lepas.

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM100 ke atas lelaki yang tular kerana membaling kon ke arah kenderaan lain di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sabtu lepas.

Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap pemandu lori K. Kanapathi, 35, yang mengaku bersalah atas pertuduhan berkelakuan kurang sopan dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang warga asing. 

Majistret sebelum menjatuhkan hukuman juga menasihatkan Kanapathi supaya mengawal emosi dan bertolak ansur ketika memandu pada masa hadapan.

Kanapathi didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Daniel Owen Flower, 54, dengan niat mengaibkan sehingga boleh membangkitkan kemarahan dan mengganggu keamanan pada 5.25 petang di plaza tol tersebut.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100. Lelaki itu membayar denda tersebut. 

Timbalan Pendakwa Raya Muaz Khawarizmi Azfar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran, bagaimanapun peguam Muhamad Saifullah Muhamad Azmi dan M. Partiben yang mewakili Kanapathi merayu hukuman ringan kerana lelaki itu mempunyai tanggungan termasuk dua anak masih kecil. 

Selain itu, ia merupakan kesalahan pertama Kanapathi dan lelaki itu berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan.  

Sebelum ini, rakaman video memaparkan seorang pemandu bertindak agresif dengan memberhentikan kenderaan di tengah kesesakan lalu lintas sebelum membaling kon serta mengeluarkan kata-kata mengaibkan terhadap pemandu lain tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya kira-kira 11 pagi semalam, dan kejadian berpunca daripada salah faham apabila kereta suspek hampir bergesel dengan sebuah kenderaan lain.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading