Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MYANMAR MAUT DENGAN 29 TIKAMAN, RAKAN SENEGARA DIREMAN TUJUH HARI

DALAM NEGARA

LELAKI MYANMAR MAUT DENGAN 29 TIKAMAN, RAKAN SENEGARA DIREMAN TUJUH HARI

Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas ditemukan dengan 29 tikaman di bahagian leher dipercayai dibunuh rakannya dalam sebuah bilik rumah kedai berhampiran Jalan Besar Bukit Pelandok di Port Dickson, Ahad lepas.

PORT DICKSON: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas ditemukan dengan 29 tikaman di bahagian leher dipercayai dibunuh rakannya dalam sebuah bilik rumah kedai berhampiran Jalan Besar Bukit Pelandok di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 9.45 pagi yang menemui mangsa berusia 26 tahun itu dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama suspek berusia 21 tahun yang merupakan rakan senegara sedang minum minuman keras di dalam bilik tersebut.

“Punca kejadian dipercayai dalam pengaruh alkohol. Mangsa dan suspek juga adalah rakan sekerja di sebuah restoran. Proses bedah siasat dijalankan semalam mengesahkan punca kematian disebabkan luka tikaman berganda di leher sebanyak 29 tikaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek yang ditahan Isnin lepas, direman tujuh hari sehingga 16 Feb dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala motif kejadian masih dalam siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading